SK GAMBANG MOVING FORWARD

SK GAMBANG MOVING FORWARD

Wednesday, 18 January 2017

Perlu Dana Bina Surau Baru

KUANTAN -  Dana berjumlah RM150,000 diperlukan bagi membina surau Sekolah Kebangsaan Gambang yang baharu memandangkan surau sedia ada semakin uzur dan tidak mampu menampung jumlah murid kira-kira 400 orang.

Surau kayu yang dibina pada tahun 1980-an itu semakin di makan usia dan hanya mampu memuatkan 20 orang sahaja dalam satu-satu masa.
Surau kayu yang semakin dimamah usia

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Gambang, Md Abdu Sahak berkata, pihaknya merancang untuk membina surau baharu yang lebih selesa dan dapat menampung jumlah murid yang semakin bertambah.

Menurutnya, murid yang mengikuti Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) pada sesi petang menggunakan surau berkenaan untuk menunaikan solat Asar.
Pengerusi PIBG SKG,Ustaz Abdu


"Bagaimana pun, dengan jumlah murid hampir 400, surau berkenaan tidak dapat menampung murid yang ada, sebaliknya terpaksa menunggu giliran untuk solat.

"Selain itu, ibu bapa juga bergotong-royong membina ruang mengambil wuduk hasil sumbangan wang yang dikumpul," katanya kepada Sinar Harian.

Md Abdu berkata, pihaknya merancang agar pembinaan surau baharu pada tahun ini dapat direalisasikan demi kemudahan murid di sekolah itu.
Bilangan murid seramai 400,dan surau hanya mampu dipenuhi 20 orang sahaja pada satu masa



Katanya, buat masa ini, sokongan dari ibu bapa dan sekolah banyak membantu pihaknya ke arah perancangan berkenaan.

"Kita berharap ada pihak yang sudi menyumbang untuk melihat surau baharu ini dapat dibina demi keselesaan murid di sini.

"Saya juga berterima kasih kepada ibu bapa yang banyak menyumbang kewangan sebelum ini," katanya.

Sebarang sumbangan boleh dimasukkan ke akaun Surau SK Gambang , Bank Rakyat di nombor 22-113-118066-3.

link berita :
http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/perlu-dana-bina-surau-baharu-1.607111

No comments:

Post a Comment